Cinta

Cinta
Kau indah
Kau pahit
Kau manis
Cinta
Dulu
Kau hadir ketika aku memerlukan
Kau membuatkan aku sentiasa tersenyum
Kau membuatkan hari-hariku indah
Kau membuatkan hatiku tenang di sampingmu
Kau sentiasa ada bila aku memerlukanmu
Kau menjadi tempat aku mengadu
Kau menjadi tempat aku bermanja
Cinta
Mengapa kau pergi secara tiba-tiba
Mengapa kau tinggalkan aku
Mengapa kehadiranmu cuma seketika
Mengapa kini kau hilang
Cinta
Kini
Kau membuatkan aku muram
Kau membuatkan hari-hariku makin suram
Kau hilang ketika aku memerlukanmu
Kau membuatkan aku hilang tempat mengadu
Kau membuatkan aku hilang tempat bermanja
Cinta
Sedarkah kau
Aku masih memerlukanmu
Aku masih menyayangimu
Aku masih menyintaimu
Aku merinduimu sayang
Cinta
Mengapa kau begini
Mengapa kau menyakitiku
Mengapa kau menyeksaku
Cinta
Sampai bilakah aku harus terseksa
Terseksa mencarimu
Terseksa menantimu
Terseksa menanggungmu
Cinta
Bagaimanakah rasa kau yang sebenarnya
Begitu hebatkah kau sebenarnya
Cinta
Tunjukkanlah kau yang sebenarnya padaku...

No comments: