Terakhir Antara kita

Bertahun sudah berdua bersama
Menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan kehendakku
Tabah ku hadapi denganmu
Itulah yang ku pertahankan

Tak dapat dinafikan
Berbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna sembunyi
Istana yang dibina teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri

Tinggallah aku kini seorang diri
Ke sana dan ke mari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi

Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada ku pinta
Kerana hidup bahagia sentiasa
Tanpa sengketa

Yang ku kesalkan dan tak ku lupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau bahagia
Kerana ku sungguh menyayangimu

Hidupku berteman
Rinduku tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu airmata

Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tanpa khabar berita

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak payah pujuk rayu
Biar berpisah nyawa dan badan
Sumpah takkan berdepan

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi berdepan
Lebih elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang disimpan




No comments: